Sunday, 31 March 2013

COUPLE vs MINAT ONLY..

Sudah sekian lama blog ini x di update..arini teringin sangat nk update blog selepas bace blog sahabat yg jauh di Selangor..

Arini ana xnk bebel panjang, ana cume nk share 1 kisah pendek ngan korang, mari kita hayati same2..^_^


Perbualan antara dua sahabat tentang cinta :

"Amar, kau pernah minat pada seorang pmpuan tak?" tanya 
Rizal ketika mereka sedang duduk berehat.

"Pernahlah," jawab 
Amar ringkas kerana agak segan dengan soalan sensitif yang dilontar oleh sahabatnya itu.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"


"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah yang terbaik untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika sebaliknya Kau hadirkanlah yang lebih baik dari dia," jawab Rizal


"oh.." terdiam Amar dengan jawapan Rizal tersebut.

Sunday, 22 January 2012

Satu Bicara Tentang Cinta

“Assalamua’alaikum!” ujar Ustazah Humaira sebaik sahaja keluar dari kereta Proton Saga berwarna ungu yang diparkir di tepi jalan, berhampiran Masjid Al-Ikhwan.
“Wa’alaikumsalam warahmatullah..” jawab gadis bertudung hitam yang sedang berdiri di tepi pagar Masjid Al-Ikhwan itu.
          “Minta maaf, kakak datang lewat. Sudah lama Salmi menunggu?” soal Ustazah Humaira apabila semakin menghampiri Salmi lalu menyambung kata-katanya, “Kakak ada mesyuarat tadi, lepas itu kakak pergi solat Maghrib di Masjid Bandaraya sebentar sebelum bergerak ke sini!” ujarnya lagi.
          “Lebih kurang setengah jam begitu, tapi kakak jangan risau, Salmi faham juga keadaan kakak. Insya’ Allah!” kata adik sepupunya sambil menahan tudungnya yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, agar tidak terdedah auratnya. Di bibirnya terleret sebentuk senyuman. Namun entah mengapa Ustazah Humaira merasa kurang sesuatu dengan senyuman itu. Tidak ceria seperti selalu ketika bertemu, bagaikan ada sesuatu yang terselindung.

Monday, 28 November 2011

Mujahadah Seorang Mujahid

Perlahan-lahan matanya dibuka. Dilihatnya kipas siling berpusing perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit-sakit dan sengal. Ditolehnya ke kanan. Wajah ibu dan ayah kelihatan dalam riak yang sugul. Tangan ibu kemas memegang erat tangan kanannya. Seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terpacul dari bibirnya sepatah perkataan pun. Hanya deraian air mata laju mengalir membasahi kedua pipi. 

Thursday, 6 October 2011

Sayangnya Allah Pada Kaum Hawa!!

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG


Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan