Friday, 30 September 2011

Surat Mujahidah Buat Mujahid-Mujahid



“Akhi,
Asif andai pendirian ini,
Memberi tamparan hebat buat akhi.
Di sini kalam ana berbunyi,
Setelah terlanjur kita memasuki,
Alam yang berduri,
Terhinggap pada hati,
Cinta yang dilarangi,
Di lubang duniawi.

Monday, 12 September 2011

Dalam Kepahitan Ada Kemanisan

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menegakkan kalimah Tauhid, kaum keluarga baginda, para sahabat yang menginfakkan kehidupan dunia mereka demi kehidupan abadi di akhirat kelak, para pejuang penegak risalah Islam yang tidak henti-henti menggenggam tali kalimah Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah hingga akhir zaman.

Satu demi satu ujian datang bergolek, kadangkala 'menghempap' diri yang membuatkan saya tidak mampu untuk mencari ruang untuk bernafas. Namun setelah berfikir panjang, terasa diri ini begitu kerdil dan hina. Mengenangkan betapa lemah diri ini menghadapi ujian hidup. Allah... malu hamba padaMu.


Saturday, 10 September 2011

Allah Sentiasa Bersamamu


Selebat gerimis di hati..
Semisteri air di Laut Mati..
Mengapa kau menangis duhai diri?
Mengapa kau merasa dunia ini tidak lagi beerti?
Mengapa kau meragui kasihnya Illahi?
Mengapa kau tidak percaya adanya Allah di sisi?
Kau mencari-cari..

Keistimewaan Wanita

Terdapat beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah. Mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"
Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu bersabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya."

"
Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah dia bertaqwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain daripada isteri yang solehah. Jika dia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah, dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."
~
Hadis Riwayat At-Tabrani ~

"
Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran. Jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana kemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya. Seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik."
~
Hadis Riwayat Ibnu Majah ~

Friday, 2 September 2011

Rabbani feat Mawi - Saksi

Rndunye pd suara arwah ust asri..smalam lpas dgr lgu ni tros ttaut aty pd lgu ni..^_^




Rabbani feat Mawi - Saksi

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya