Sunday, 29 May 2011

Cinta Yang Pasti

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta...Amat pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai....Tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan samaada secara SMS ataupun surat ( baru romantik ) dengan sahabat lain yang berlainan jantina...

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?? Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta ?? Adakah Islam ini terlalu kejam, pabila mengekang seseorang itu daripada bercinta ??

Tidak!!Tidak sama sekali...Islam adalah agama yang syumul...Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia...Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal...Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka....

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri....Cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat,bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga atau pun bersekedudukan di rumah mak mentua...

Firman Allah S.W.T: ٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah...Apatah lagi berzina...Mengapa Allah kata 'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'....Mengapa tidak dikatakan 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?? Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu haram hukumnya,sama sahaja seperti berzina.... Daripada asyik menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa..

Antara perkara yang mendekatkan diri itu ada 6 :

( Tengok) نظرة

-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


(Senyum)فسامهم

-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

(Memberi Salam) فسلام


- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan



(Bercakap Kosong) فكلام

-Setelah mengenal hati budi masing-masing(ye ke?),seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

(Berjanji)فموعدون

- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


(Berjumpa) فلقاءون

-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibesarkan di longkang...Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri...Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri....

Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri..Malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa...Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga??

Bukan masanya lagi untuk kita bercinta...Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan....Percintaan yang sebenar bermula apabila melangkah ke gerbang perkahwinan....Carilah cintaNya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat...Cinta kepada makhluk ciptaanNya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia..Sedang Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa?? Apa yang tidak ada di syurga??

Wallahu'alam...

Sunday, 15 May 2011

Tarbiyyah

Tarbiyyah, dulu aq terkial-kial mencari apakah itu tarbiyyah, namun satu saat aku telah temui apa itu tarbiyyah, ia bukan sekadar sesuatu untuk dijadikan bahan bersuka-ria atau bergurau-senda, tapi tarbiyyah adalah sebuah senjate rahsia...

Tarbiyyah
Tarbiyyah adalah kekuatan
Kekuatan yang mana mampu mengubah sesuatu
Duri yang tajam menjadi mawar
Cuka yang masam jadi anggur
Kesedihan jadi periang
Perasaan marah jadi ramah
Musibah menjadi muhibbah
Itulah tarbiyyah

Sekalipun tarbiyyah telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika kudatangi tarbiyyah itu
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Namun tanpa lidah tarbiyyah ternyata lebih terang
Sementara pena tergesa-gesa menulisnya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu kaedah tarbiyyah sampai
Dalam menguraikan tarbiyyah
Akal terbaring tidak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

Tarbiyyah sendirilah yang menerangkan tarbiyyah dan pentarbiyyahan